2009/08/07

為什麼有遺漏?

民政黨提供給媒體的演進表好像遺漏了以下內容:
25.4.2007
MMK telah membincangkan dengan panjang lebar mengenai kes ini; YB. Dato’ Sri TKM menjelaskan bahawa kerajaan negeri mempunyai garis panduan mengenai penempatan setinggan, dan tawaran yang dibuat oleh Koperasi adalah jauh lebih baik daripada garis panduan yang diterima pakai oleh kerajaan negeri. Beliau menjelaskan bahawa permohonan untuk mendapatkan tapak gantirugi adalah tidak selaras dengan garis panduan kerajaan negeri.

Y.B. Dato’ Sri TKM juga membandingkan dengan program penempatan semula bagi projek-projek yang lain seperti Tanjong Tokong, Kg. Telok Prai, yang menawarkan unit rumah pangsa bukannya tanah. MMK kemudiannya bersetuju dengan perakuan Jawatankuasa Tanah iaitu meluluskan permohonan dengan jumlah premium dikurangkan kepada RM3,210,000.00.

11.5.2007
PTG telah memaklumkan keputusan MMK kepada Pentadbir Tanah, DTL.

25.5.2007
Pentadbir Tanah, DTL telah memaklumkan kepada pihak Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd menuntut supaya dijelaskan baki bayaran premium sebanyak RM2,247,000 (bayaran awal sebanyak RM642,000.00 telahpun dijelaskan pada 16.1.2006 dan RM321,000.00 dijelaskan pada 22.3.2007).

1 則留言:

Maran 提到...

Gerakan cakap apa-apapun tidak penting lagi, mereka bukan kerajaan. Lupakan mereka. Yang penting, RSN Rayer, Prof. Rama, Karpal dan Lim Guan Eng telah tipu orang Kampong Buah Pala. Kami, orang India sangat marah dengan Guan Eng.

Kamu sepatut bantu kami,bukan bersubahat dengan penipu dan perompak.